Pejam celik - pejam celik PMR sudah kami duduki. Kami macam tidak percaya sahaja yang ini semua telah berlalu. Cepat betul masa berlalu, bak kata perpatah masa itu emas. Selepas kertas terakhir kami, Kemahiran Hidup, kami keluar meninggalkan Dewan Tengku Bainun dengan penuh perasaan gembira. Kami bergambar diikuti dengan aktiviti mencurah air ke semua calon PMR. Ada sebahagian daripada kami bermain loceng sekolah dan segala berlalu dengan begitu pantas. Pada jam 4:15 petang kami ke surau An-Nur untuk menunaikan solat Asar berjemaah sebelum pelajar lelaki turun ke padang untuk bermain bola dengan berpakaian sekolah (kena tegur dengan Cikgu Irwan sebab turun padang tidak memakai pakaian sepatutnya).