SEJARAH PENUBUHAN

Pada tahun 2010, SMK Raja Permaisuri Bainun telah melipatgandakan usaha untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan awam Penilaian Menengah Rendah (PMR). Penyelaras Tingkatan 3, Puan Ruhil Azhana bt Jaafar menyedari bahawa satu-satunya cara untuk mencapai matlamat tersebut adalah dengan menyatupadukan semua pelajar Tingkatan 3.

Sehubungan dengan itu, sebuah kem pemantapan sahsiah dan jati diri berunsurkan kerohanian telah diadakan pada pertengahan bulan Mac 2010. Berlandaskan motto "United we stand and strive for victory", maka tertubuhlah Bainun's 27th Batch atau lebih dikenali sebagai B 27th Batch.



 

This free website was made using Yola.

No HTML skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola